Pelajar perempuan Tingkatan Tiga maut ditikam pelajar lelaki

PETALING JAYA - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) di sebuah sekolah menengah di sini meninggal dunia selepas ditikam seorang pelajar lelaki pada Selasa.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi, di mana suspek, seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu (Kelas Peralihan) dilaporkan membawa senjata tajam berupa pisau.
Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit telah menikam pelajar lain.
Pada masa ini pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Butiran penuh dijangka akan diperoleh dalam sidang media awal di lokasi kejadian.
Setakat ini Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, dan pasukan pegawai penyiasat sedang berada di lokasi.
Ringkasan AI
- Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di Petaling Jaya meninggal selepas ditikam oleh pelajar lelaki
- Kejadian berlaku sekitar jam 9.30 pagi dengan pelajar lelaki Tingkatan Satu dilaporkan membawa pisau
- Pelajar lelaki tersebut telah menikam pelajar lain
- Polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian
- Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dan pasukan penyiasat sedang berada di lokasi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
