KPM tubuh jawatankuasa khas kes pelajar maut ditikam di sekolah

PUTRAJAYA - Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memastikan semua aspek terkait kes pelajar di sebuah sekolah di Selangor yang ditikam dapat disiasat secara tuntas, telus dan adil.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turut menyatakan suspek telah ditahan polis dan akan memberikan kerjasama penuh dalam proses siasatan yang sedang berjalan.
“KPM merakam ucapan takziah kepada keluarga murid yang meninggal kerana ditikam. Semoga keluarga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
“Pasukan kaunselor, guru bimbingan dan kaunseling digerakkan untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru serta seluruh warga sekolah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Pada Selasa, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya meninggal dunia selepas ditikam seorang pelajar lelaki.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi, di mana suspek, seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu (Kelas Peralihan) dilaporkan membawa senjata tajam berupa pisau.
Ringkasan AI
- Jawatankuasa khas ditubuhkan untuk siasatan kes pelajar ditikam di sekolah Selangor
- Menteri Pendidikan mengumumkan suspek telah ditahan dan proses siasatan sedang berlangsung
- Ucapan takziah disampaikan kepada keluarga murid yang meninggal dan sokongan psikososial diberikan
- Pelajar perempuan Tingkatan Empat meninggal dunia akibat ditikam oleh pelajar lelaki
- Kejadian berlaku di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya sekitar jam 9.30 pagi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
