Perumahan bernilai RM2.94 juta untuk rakyat

Mohd Nor Hamzah
Mohd Nor Hamzah
A
A
A

MARANG - Sebanyak 50 unit Rumah Sejahtera Mampu Milik dengan anggaran kos pembinaan yang menelan belanja RM2.94 juta di Mak Kemas di sini, dijangka dapat disiapkan Jun ini.

Menurut Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, setakat ini, kerja pembinaannya sudah mencapai 34 peratus selepas ia dimulakan tahun lalu.

“Projek pembinaan yang bermula 5 Februari 2018 disambung kerajaan sekarang dan peratusan kemajuan kerja sehingga kini ialah 34 peratus.

“Kami mengharapkan supaya dengan siapnya rumah mampu milik ini dapat membantu masyarakat berpendapatan rendah di Terengganu memiliki kediaman sendiri,” katanya.

Sebelum itu, beliau yang juga Adun Bukit Payong membuat lawatan ke tapak pembinaan perumahan di Mak Kemas di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak dan Adun Bandar, Ahmad Shah Muhamed.

Turut meninjau perkembangan projek perumahan rakyat itu ialah Penyelia institusi Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Bukit Payong, Mat Noh Ismail dan Penghulu mukim, Zafiri Mohd Zaki.

Artikel Berkaitan: