Lebih 40 rumah dinaiki banjir kilat

Hujan lebat menyebabkam lebih 40 rumah di Taman Jus Perdana dinaiki banjir kilat sejak jam 5.30 petang tadi.
Hujan lebat menyebabkam lebih 40 rumah di Taman Jus Perdana dinaiki banjir kilat sejak jam 5.30 petang tadi.
A
A
A

JASIN - Hujan lebat yang melanda negeri ini sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Selandar di sini dan Durian Tunggal, Alor Gajah dilanda banjir kilat.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang sehingga 8.30 malam itu mengakibatkan 42 rumah di Taman Jus Perdana, Selandar terjejas.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Datuk Seri Abd Ghafaar Atan berkata, dua buah rumah di Kampung Pulau Selandar dan tiga lagi di Pekan Selandar turut dinaiki air.

Abd Ghafaar
Abd Ghafaar

Menurutnya, sistem perparitan di kawasan berkenaan tidak dapat menampung kapasiti air akibat hujan dalam tempoh beberapa jam menyebabkan limpahan ke atas jalan dan masuk ke rumah penduduk.

"Kita bersimpati dengan masyarakat yang terjejas dan Insya-ALLAH kita akan mengambil tindakan bagi meringankan beban yang dihadapi mangsa.

"Saya juga tidak menolak sistem perparitan tidak memuaskan dan tidak dapat menampung jumlah air yang banyak, jika perlu dibaiki segera ia akan dibaiki," katanya ketika meninjau keadaan di Taman Jus Perdana.

Hadir sama, Pegawai Daerah Jasin, Datuk Anis Ali Hasan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Mustafa Ali.

Artikel Berkaitan:

Penduduk membersihkan rumah selepas dinaiki banjir kilat di Taman Jus Perdana hari ini.
Penduduk membersihkan rumah selepas dinaiki banjir kilat di Taman Jus Perdana hari ini.