Maut tersepit mesin kisar pasir

Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam mesin pengisar pasir ketika melakukan kerja penyelenggaraan di sebuah kilang.
Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam mesin pengisar pasir ketika melakukan kerja penyelenggaraan di sebuah kilang.
A
A
A

BATU GAJAH – Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam mesin pengisar pasir ketika melakukan kerja penyelenggaraan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Batu Gajah 3, Kampung Tersusun Seri Rahmat di sini pada Ahad.

Mangsa, warga Nepal yang berusia 36 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tertarik ke dalam mesin yang tiba-tiba beroperasi secara automatik ketika sedang mengeluarkan bahan yang tersangkut pada pengisar.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 10.29 pagi sebelum sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah ke lokasi kejadian.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam mesin pengisar pasir di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Batu Gajah 3 di sini pada Ahad.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam mesin pengisar pasir di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Batu Gajah 3 di sini pada Ahad.

"Setibanya jentera di tempat kejadian pada jam 10.41 pagi, ketua operasi dimaklumkan mangsa telah tertarik masuk ke dalam mesin tersebut yang tiba-tiba beroperasi secara automatik.

"Difahamkan ketika itu mangsa sedang melakukan penyelenggaraan untuk mengeluarkan bahan yang tersangkut pada pengisar,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Shazlean berkata, pasukan operasi kemudian melaksanakan kerja penyelamatan dengan membuka plat lantai mesin pengisar tersebut.

Katanya, sebaik sahaja plat lantai dibuka mayat mangsa didapati bergulung dan terbelit pada mata pengisar.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, juruteknik syarikat terbabit kemudiannya membantu menghidupkan mesin secara manual untuk memusingkan mata pengisar bagi membolehkan mayat mangsa dikeluarkan sepenuh.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir ke tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 12.45 tengah hari sebelum ditamatkan lima minit kemudian.

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam mesin pengisar pasir ketika melakukan kerja penyelenggaraan di sebuah kilang di Batu Gajah
  • Mangsa berusia 36 tahun dan merupakan warga Nepal
  • Mesin yang tiba-tiba beroperasi secara automatik menarik mangsa ke dalam ketika dia mengeluarkan bahan tersangkut
  • Operasi penyelamatan dilaksanakan dengan membuka plat lantai mesin pengisar untuk mengeluarkan mayat
  • Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!