9 maut, 26 cedera dalam letupan kilang mercun di China

Letupan kilang mercun ini berlaku kira-kira pukul 8.23 pagi Isnin di Daerah Linli, Wilayah Hunan. Foto Agensi
Letupan kilang mercun ini berlaku kira-kira pukul 8.23 pagi Isnin di Daerah Linli, Wilayah Hunan. Foto Agensi
A
A
A

CHANGSHA - Seramai sembilan orang disahkan maut manakala 26 lagi cedera susulan kejadian letupan di sebuah kilang mercun pada pagi Isnin di China, lapor Xinhua yang memetik kenyataan ibu pejabat operasi menyelamat di lokasi kejadian.

Letupan itu berlaku kira-kira pukul 8.23 pagi Isnin di Daerah Linli, Wilayah Hunan.

Misi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan, manakala satu pasukan siasatan telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!