PN akan bentang belanjawan alternatif Isnin ini

Takiyuddin (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang pada Sambutan Malam Kebudayaan Perayaan Pesta Tanglung di Kota Bharu pada Sabtu.
Takiyuddin (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang pada Sambutan Malam Kebudayaan Perayaan Pesta Tanglung di Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) akan membentangkan belanjawan alternatif ketika sesi perbahasan Belanjawan 2026 di Parlimen pada Isnin ini.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pembentangan tersebut akan disampaikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, sebagai tawaran dan pandangan balas terhadap Belanjawan 2026 yang dibentangkan kerajaan pada Jumaat lalu.

"Kita akan berikan tawaran serta pandangan yang merupakan belanjawan alternatif," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Malam Kebudayaan Perayaan Pesta Tanglung di sini pada Sabtu malam.

Menurut Takiyuddin, Belanjawan 2026 yang dibentangkan kerajaan tidak mempunyai banyak perubahan terutama dalam membantu rakyat.

Ujarnya, PN seboleh-bolehnya mahu kerajaan memberikan penekanan kepada peningkatan kos sara hidup.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM470 bilion bagi Belanjawan 2026, iaitu lebih besar berbanding RM452 bilion pada tahun ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, belanjawan kali ini akan mengumpul dan mengoptimumkan sumber negara termasuk dana syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), badan berkanun Persekutuan dan syarikat milik kerajaan (MKD) melalui perbelanjaan awam.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perikatan Nasional (PN) akan membentangkan belanjawan alternatif ketika sesi perbahasan Belanjawan 2026
  • Pembentangan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin
  • PN menawarkan pandangan sebagai belanjawan alternatif terhadap usul kerajaan
  • Belanjawan 2026 kerajaan dikritik kerana kurang memberi perubahan dalam membantu rakyat
  • PN mahu kerajaan memberi penekanan kepada peningkatan kos sara hidup

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!