Belanjawan 2026: Skim i-Saraan Plus lindungi pekerja gig, e-hailing dan p-hailing

Pekerja gig, e-hailing dan p-hailing akan diberi insentif caruman padanan sehingga RM 600 setahun atau RM 6,000 seumur hidup di bawah skim i-Saraan Plus. Gambar hiasan
Pekerja gig, e-hailing dan p-hailing akan diberi insentif caruman padanan sehingga RM 600 setahun atau RM 6,000 seumur hidup di bawah skim i-Saraan Plus. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pekerja gig, e-hailing dan p-hailing akan diberi insentif caruman padanan sehingga RM 600 setahun atau RM 6,000 seumur hidup di bawah skim i-Saraan Plus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha terbabit bagi melengkapkan perlindungan sosial dan menggalakkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut beliau, perlaksanaan insentif itu susulan ada yang bekerja sendiri tidak mampu mencarum perlindungan diri terutamanya anak-anak muda.

"Skim i-Saraan juga diteruskan untuk pekerja informal atau bekerja sendiri yang lain dengan caruman padanan sehingga RM 500 setahun atau RM5,000 seumur hidup.

"Akta Pekerja Gig 2025 telah mewajibkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk pekerja gig," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Anwar menambah, kerajaan bersetuju menanggung 70 peratus caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri pekerja gig di sektor yang belum dimandatorikan yang pertama kali mendaftar, manakala insentif 50 peratus bagi tahun kedua.

Menurutnya lagi, pencari kerja atau graduan baharu yang menerima tawaran kerja yang perlu berpindah lokasi akan menerima insentif bernilai sehingga RM1,000 daripada PERKESO.

"Kepada kaum ibu, umur kelayakan i-Suri dinaikkan kepada 60 tahun selari usia persaraan minimum," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan sama, kata Anwar, PERKESO juga akan melengkapkan pusat rehabilitasi di Melaka, Perak, Terengganu dan terbaru di Pulau Pinang dengan pusat berkapasiti 250 katil.

Artikel Berkaitan:

"PERKESO turut menaikkan kadar maksimum RM170 ketimbang RM150 bagi setiap rawatan hemodialisis dengan implikasi tambahan sebanyak RM52 juta setahun," kongsinya lagi.

 

Ringkasan AI

  • Pekerja gig, e-hailing dan p-hailing akan diberi insentif caruman padanan sehingga RM 600 setahun atau RM 6,000 seumur hidup di bawah skim i-Saraan Plus
  • Usaha ini bertujuan untuk melengkapkan perlindungan sosial dan menggalakkan caruman KWSP
  • Kerajaan bersetuju menanggung 70 peratus caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri pekerja gig untuk pendaftaran pertama kali, dan insentif 50 peratus bagi tahun kedua
  • Pencari kerja atau graduan baru akan menerima insentif sehingga RM1,000 daripada PERKESO untuk tawaran kerja yang memerlukan perpindahan lokasi
  • PERKESO menaikkan kadar maksimum bagi setiap rawatan hemodialisis kepada RM170, dengan implikasi tambahan sebanyak RM52 juta setahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!