Had pengeluaran KWSP untuk tunai haji naik kepada RM10,000

Had pengeluaran KWSP untuk tujuan menunaikan haji ditingkatkan kepada RM10,000 berbanding RM3,000 sebelum ini.
Had pengeluaran KWSP untuk tujuan menunaikan haji ditingkatkan kepada RM10,000 berbanding RM3,000 sebelum ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) untuk tujuan menunaikan haji ditingkatkan kepada RM10,000 berbanding RM3,000 sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemudahan pengeluaran awal gantian cuti rehat (CGR) kepada penjawat awam turut diperluas untuk menunaikan haji.

"Kerajaan bersetuju supaya had pengeluaran KWSP untuk tujuan menunaikan ibadat haji ditingkatkan kepada RM10,000 ketimbang RM3,000.

"Untuk penjawat awam, kemudahan pengeluaran awal GCR diperluas bagi tujuan menunaikan haji terhad kepada penebusan RM10,000 dengan peruntukan RM10 juta," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata sedemikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Had pengeluaran KSWP untuk haji ditingkatkan kepada RM10,000
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peningkatan ini
  • Kemudahan pengeluaran awal CGR kepada penjawat awam diperluas untuk haji
  • Pengeluaran CGR terhad kepada penebusan RM10,000 dengan peruntukan RM10 juta
  • Pengumuman ini dibuat semasa pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!