Covid-19: Polis buru 3,800 jemaah tabligh bermula hari ini

Ismail Sabri ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama
Ismail Sabri ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia hari ini mula memburu baki kira-kira 3,800 jemaah tabligh yang dikenal pasti seluruh negara yang masih belum menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak polis sudah mempunyai senarai nama lengkap jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling di sini, akhir bulan lepas.

“Lebih 3,800 jemaah tabligh ini bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi terdiri daripada rakyat Rohingya dan pendatang tanpa izin.

“Mereka tidak perlu takut untuk tampil ke hospital menjalani ujian saringan walaupun tidak mempunyai pasport ...yang penting mereka dapat diselamatkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan sekatan jalan raya pada penugasan Op Joint Patrol Covid-19 PDRM ATM di Jalan Ampang, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan, turut menasihatkan jemaah tabligh terbabit untuk tampil sebelum pollis mengesan mereka di kediaman masing-masing.

Setakat ini 14 kematian akibat Covid-19 direkod, dan daripada jumlah itu lapan daripadanya merupakan kluster perhimpunan tabligh.-Bernama

Artikel Berkaitan: