Belanjawan 2026: RM2.62 bilion untuk pesawah

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan RM2.62 bilion untuk pesawah pada 2026, menjadikan subsidi pertanian tertinggi dalam sejarah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merangkumi pelbagai subsidi dan bantuan kepada pesawah seperti subsidi harga padi, subsidi tanaman padi, subsidi baja, subsidi benih serta insentif pengeluaran padi.
"Bermula tahun ini, Kerajaan Madani menaikkan kadar insentif pembajakan dan insentif racun, dinaikkan masing-masing kepada RM160 dan RM300 sehektar semusim.
"Kerajaan juga memperkenalkan insentif baharu iaitu Insentif Penuaian Padi 50 ringgit sehektar semusim bagi menampung penggunaan diesel untuk jentuai," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, dianggarkan setiap pesawah menerima bantuan kira-kira RM4,300 sehektar ketimbang RM3,790 sehektar bagi setiap musim.
Ringkasan AI
- Kerajaan menyediakan RM2.62 bilion untuk pesawah pada 2026 menjadikannya subsidi pertanian tertinggi dalam sejarah
- Subsidi dan bantuan kepada pesawah merangkumi subsidi harga padi, tanaman padi, baja, benih serta insentif pengeluaran padi
- Kadar insentif pembajakan dan insentif racun dinaikkan kepada RM160 dan RM300 sehektar semusim
- Diperkenalkan Insentif Penuaian Padi RM50 sehektar semusim untuk menampung penggunaan diesel
- Setiap pesawah dianggarkan menerima bantuan RM4,300 sehektar semusim berbanding RM3,790 sebelumnya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

