Belanjawan 2026: UDA Holdings Berhad bangunkan empat tanah wakaf

UDA Holdings Berhad menerajui pembangunan tanah wakaf di Pulau Pinang termasuk Projek Taman Wakaf Seetee Aisah dan Taman Sultan Sallehuddin.
UDA Holdings Berhad menerajui pembangunan tanah wakaf di Pulau Pinang termasuk Projek Taman Wakaf Seetee Aisah dan Taman Sultan Sallehuddin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan terus menyemangati makna wakaf demi maslahat ummah menerusi Belanjawan Madani yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, UDA Holdings Berhad menerajui pembangunan tanah wakaf di Pulau Pinang menerusi Projek Taman Wakaf Seetee Aisah Fasa 2 dan Fasa 3 serta Taman Sultan Sallehuddin Fasa 1B dan 2B dengan nilai pelaburan hampir RM250 juta.

Selain itu, beliau berkata, sukuk wakaf tunai berinovasi tokenisasi akan diperkenalkan bagi membiayai keperluan kritikal termasuk pendidikan khas, pusat autisme serta fasiliti rawatan paliatif di Malaysia.

"Ini membolehkan sumbangan individu ditukar menjadi pembiayaan mampan untuk pembangunan sosial," katanya.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan menyemangati makna wakaf menerusi Belanjawan Madani yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • UDA Holdings Berhad menerajui pembangunan tanah wakaf di Pulau Pinang termasuk Projek Taman Wakaf Seetee Aisah dan Taman Sultan Sallehuddin
  • Nilai pelaburan bagi projek pembangunan tanah wakaf tersebut hampir RM250 juta
  • Sukuk wakaf tunai berinovasi tokenisasi akan diperkenalkan untuk membiayai keperluan kritikal seperti pendidikan khas dan fasiliti rawatan paliatif
  • Sumbangan individu boleh ditukar menjadi pembiayaan mampan untuk pembangunan sosial

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!