Yayasan Petronas ceriakan keluarga kurang mampu sempena Deepavali

KUANTAN - Petronas bersama Yayasan Petronas meneruskan inisiatif memperkasa komuniti sempena musim perayaan melalui program Memacu Kehidupan: Deepavali, dengan menyampaikan bakul makanan kepada 200 keluarga kurang berkemampuan di negeri ini.
Sumbangan disampaikan Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, Datuk Sabariah Saidan dalam satu majlis penyerahan di Cameron Highlands pada Khamis.
Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata, setiap keluarga menerima sumbangan barangan makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, garam, tepung, kari ayam dalam tin, teh, minuman berasaskan coklat dan malt serta kekacang.

"Selain itu, setiap keluarga turut menerima makanan bertemakan Deepavali seperti serbuk beriani masala, tepung campuran kesari dan minyak sapi.
"Yayasan Petronas turut menyampaikan kuih seperti muruku yang disediakan khas oleh peserta program Memperkasakan Kesejahteraan Rakyat (MEKAR)," katanya.
Mohammad Ahmad Shazly berkata, usaha itu sebahagian daripada inisiatif Petronas untuk meningkatkan taraf kehidupan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
“Program Memacu Kehidupan: Deepavali ini merupakan antara komitmen berterusan Petronas melalui Yayasan Petronas untuk membangkitkan perasaan kegembiraan dan kasih sayang sempena musim perayaan.
"Kami berharap sumbangan ini dapat membawa keceriaan kepada mereka bersama keluarga tersayang," ujarnya.
Jelas beliau lagi, program itu juga bakal memanfaatkan 1,700 keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara bagi membolehkan mereka turut merasai keceriaan Deepavali bersama komuniti masing-masing.
Ringkasan AI
- Petronas dan Yayasan Petronas menyampaikan bakul makanan kepada 200 keluarga kurang berkemampuan sempena Deepavali di Kuantan
- Sumbangan disampaikan oleh Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, Datuk Sabariah Saidan di Cameron Highlands
- Setiap keluarga menerima sumbangan barangan makanan asas dan makanan bertemakan Deepavali
- Yayasan Petronas menyampaikan kuih muruku yang disediakan oleh peserta program MEKAR
- Program ini bertujuan meningkatkan taraf kehidupan usahawan IKS dan membawa keceriaan Deepavali kepada 1,700 keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

