Yayasan Petronas ceriakan 1,700 keluarga

Mohammad Ahmad (dua dari kiri) bersama Khairul Amri (kiri) dan Sabariah (tengah) menyampaikan sumbangan kepada wakil keluarga sempena Program Memacu Kehidupan: Deepavali di Cameron Highlands pada Khamis.
Mohammad Ahmad (dua dari kiri) bersama Khairul Amri (kiri) dan Sabariah (tengah) menyampaikan sumbangan kepada wakil keluarga sempena Program Memacu Kehidupan: Deepavali di Cameron Highlands pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN – Petronas bersama Yayasan Petronas meneruskan inisiatif memperkasa komuniti sempena musim perayaan menerusi program Memacu Kehidupan: Deepavali dengan menyampaikan bakul makanan kepada 200 keluarga kurang berkemampuan.

Sumbangan disampaikan Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, Datuk Sabariah Saidan dalam satu majlis penyerahan di Cameron Highlands pada Khamis.

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli, berkata setiap keluarga menerima sumbangan barangan makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, garam, tepung, kari ayam dalam tin, teh, minuman berasaskan coklat dan malt serta kekacang.

“Selain itu, setiap keluarga turut menerima makanan bertemakan Deepavali seperti serbuk briyani masala, tepung campuran kesari dan minyak sapi.

“Yayasan Petronas turut menyampaikan kuih seperti muruku disediakan khas peserta program Memperkasakan Kesejahteraan Rakyat (MEKAR),” katanya.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Khairul Amri Ahmad.

Mohammad Ahmad Shazly berkata, usaha itu merupakan sebahagian inisiatif Petronas meningkatkan taraf kehidupan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

“Program Memacu Kehidupan: Deepavali ini merupakan antara komitmen berterusan Petronas melalui Yayasan Petronas membangkitkan perasaan kegembiraan dan kasih sayang sempena musim perayaan.

“Kami berharap sumbangan ini membawa keceriaan kepada mereka bersama keluarga tersayang,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, Program Memacu Kehidupan: Deepavali bakal memanfaatkan 1,700 keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara, membolehkan mereka turut merasai keceriaan Deepavali bersama komuniti masing-masing.

Ringkasan AI

  • Petronas bersama Yayasan Petronas menyampaikan bakul makanan kepada 200 keluarga kurang berkemampuan sempena Deepavali di Cameron Highlands
  • Sumbangan termasuk barangan makanan asas dan makanan bertemakan Deepavali
  • Yayasan Petronas juga menyampaikan kuih muruku dari peserta program Memperkasakan Kesejahteraan Rakyat (MEKAR)
  • Inisiatif ini bertujuan meningkatkan taraf kehidupan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
  • Program Memacu Kehidupan: Deepavali diharapkan membawa keceriaan kepada 1,700 keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!