Tumpahan bahan kimia: Keadaan terkawal, tiada ancaman awam - Polis

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan serta nyah cemar bahan kimia terbabit.
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan serta nyah cemar bahan kimia terbabit.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Polis mengesahkan tiada ancaman terhadap keselamatan awam susulan kebocoran bahan kimia berbahaya di sebuah kilang di kawasan perindustrian Proton City di sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Muhamad berkata, siasatan mendapati, insiden tersebut telah mengakibatkan 23 pekerja kilang menerima rawatan akibat terhidu gas berbahaya.

"Semasa kejadian, semua mangsa, lelaki warga tempatan berusia antara 19 hingga 45 tahun sedang melakukan kerja-kerja penyenggaraan di situ.

"Mereka telah dihantar ke Hospital Slim River dan kini berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Suhaimi, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan serta nyah cemar bahan kimia terbabit.

"Situasi kini berada dalam keadaan terkawal dan tiada ancaman lanjut terhadap keselamatan awam," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, kira-kira 11 pekerja mengalami sesak nafas dan pedih mata selepas berlaku kebocoran bahan kimia berbahaya di sebuah kilang di sini.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat kebocoran pada sistem paip yang mengakibatkan tumpahan bahan kimia jenis isosianat sebanyak 15 liter.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Polis mengesahkan tiada ancaman terhadap keselamatan awam susulan kebocoran bahan kimia di Proton City
  • Siasatan mendapati 23 pekerja kilang menerima rawatan akibat terhidu gas berbahaya
  • Pekerja berusia antara 19 hingga 45 tahun sedang melakukan kerja penyenggaraan masa kejadian
  • Mangsa dihantar ke Hospital Slim River dan kini dalam keadaan stabil
  • Pasukan bomba telah melaksanakan kerja pembersihan dan nyah cemar bahan kimia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!