Cubaan seludup 1,000 liter diesel ke Thailand gagal

PASIR MAS - Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup 1,000 liter diesel selepas menahan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero di Kampung Dangar di sini pada Rabu.
Dalam serbuan jam 9 pagi itu, pemandu telah bertindak melarikan diri sebaik sahaja kenderaan tersebut cuba ditahan.
Pemangku Komander Briged Tenggara, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, hasil pemeriksaan menjumpai 40 tong jerikin mengandungi minyak diesel anggaran 1,000 liter berada dalam kenderaan tersebut.
"Minyak diesel ini disyaki untuk diseludup ke Thailand," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Menurut beliau, anggaran rampasan keseluruhan bernilai RM42,900 termasuk kenderaan.
Ujarnya, kes diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
Tambah beliau, kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Ringkasan AI
- Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup 1,000 liter diesel di Kampung Dangar, Pasir Mas
- Pemandu kenderaan Mitsubishi Pajero telah melarikan diri ketika cuba ditahan
- Didapati 40 tong jerikin minyak diesel dalam kenderaan tersebut
- Minyak diesel disyaki untuk diseludup ke Thailand
- Anggaran rampasan bernilai RM42,900 termasuk kenderaan, kes diserahkan kepada KPDN Cawangan Pasir Mas
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

