Suami isteri maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas

Toyota Hilux yang dinaiki pasangan suami isteri dan empat penumpang dipercayai terbabas di tempat kejadian. Foto ihsan PDRM
Toyota Hilux yang dinaiki pasangan suami isteri dan empat penumpang dipercayai terbabas di tempat kejadian. Foto ihsan PDRM
A
A
A

MARAN - Pasangan suami isteri yang juga pengusaha kedai makan di Kemaman maut, manakala empat lagi cedera selepas pacuan empat roda yang dinaiki mereka dipercayai terbabas di Kilometer (KM) 162.9 Lebuhraya Pantai Timur (arah timur) di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, mangsa iaitu Aziz Awang, 68, yang memandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, dan Hasnah Mat Nong, 64, beralamat di Kampung Geliga, Kemaman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 7.30 malam.

Lokasi kejadian yang meragut nyawa pasangan suami isteri. Foto ihsan PDRM
Lokasi kejadian yang meragut nyawa pasangan suami isteri. Foto ihsan PDRM

“Kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Cameron Highlands, Pahang menuju ke Kemaman, Terengganu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ujarnya, akibat kemalangan tersebut, pemandu bersama isterinya disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

“Empat penumpang terdiri daripada tiga pekerja wanita berusia 27, 45 dan 65 tahun serta seorang anak kepada salah seorang pekerja, iaitu kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang mengalami kecederaan, dihantar ke Hospital Temerloh untuk mendapatkan rawatan lanjut,” jelas beliau.

Tambahnya, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pasangan suami isteri pengusaha kedai makan di Kemaman maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur
  • Kemalangan berlaku kira-kira jam 7.30 malam ketika perjalanan dari Cameron Highlands ke Kemaman
  • Aziz Awang dan Hasnah Mat Nong meninggal dunia di tempat kejadian
  • Empat penumpang lain cedera dan dihantar ke Hospital Temerloh untuk rawatan
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!