GreenPan lancar Thermolon 9G di Malaysia

GREENPAN, pelopor dalam penghasilan peralatan memasak seramik tidak melekat bebas bahan kimia berbahaya (PFAS), meraikan pelancaran Thermolon 9G, lapisan tidak melekat paling canggih pernah dihasilkan jenama itu.
Sejak diperkenalkan pada 2007, GreenPan telah mengubah cara memasak di rumah dengan memperkenalkan Thermolon, alternatif selamat kepada lapisan tidak melekat tradisional yang lazimnya mengandungi bahan kimia seperti PFAS yang boleh menjejaskan kesihatan dan alam sekitar.
Dengan generasi terkini Thermolon 9G, ia menandakan satu lonjakan besar dari segi ketahanan, prestasi dan keselamatan.
Direka menepati keperluan pengguna moden, lapisan baharu ini menawarkan ketahanan luar biasa terhadap haus dan calar, sekali gus menjadikan jangka hayat produk sepuluh kali lebih lama berbanding Thermolon asal.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Katrin BJ, Jean Yeap berkata, sebagai pengedar eksklusif jenama GreenPan di Malaysia, pihaknya komited meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memilih peralatan memasak bebas PFAS sebagai pilihan yang lebih selamat dan sihat.
“Kami melatih pekerja kami agar dapat menyampaikan maklumat tepat kepada pelanggan tentang pentingnya peralatan memasak bebas PFAS. Selain itu, kami juga menggunakan platform media sosial untuk menyebarkan kesedaran dalam kalangan orang awam.
“Dengan teknologi Thermolon 9G daripada GreenPan, anda boleh memasak dengan tenang tanpa perlu bimbang tentang pelepasan bahan kimia bahaya ke dalam makanan.
“Ia adalah pelaburan berbaloi demi kesihatan dan kesejahteraan keluarga anda,” katanya pada majlis pelancaran Thermolon 9G di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Rabu.
Majlis pelancaran turut diserikan dengan kehadiran Naib Presiden GreenPan Asia Pasifik, Lise Van Den Berghe; Pengurus Jualan, Pengedar Pasaran GreenPan, Jeff Teh dan Duta Belgium, Peter Van Acker.
Lebih mengujakan, GreenPan Thermolon 9G menetapkan piawaian yang tinggi, dengan lapisan bebas PFAS serta mematuhi piawaian antarabangsa yang ketat termasuk FDA 21 CFR 175.300, Peraturan Rangka Kerja EU 1935/2004/EC dan Seksyen 30 & 31 LFGB.
Selain itu, Thermolon kekal sebagai satu-satunya lapisan seramik tidak melekat yang telah menerima pensijilan NSF/ANSI 51.
Pensijilan ini memerlukan penilaian toksikologi yang ketat serta audit terhadap fasiliti pengeluaran sekali gus mengukuhkan komitmen Thermolon 9G terhadap keselamatan pengguna dan kualiti produk.
Dalam pasaran yang dipenuhi dengan pelbagai label dan dakwaan yang mengelirukan, GreenPan komited untuk memberikan ketenangan minda kepada pengguna sambil menegaskan dedikasinya terhadap penghasilan produk berkualiti tertinggi.
Thermolon 9G bukan sekadar satu penambahbaikan, tetapi merupakan lonjakan besar dalam teknologi seramik tidak melekat bebas PFAS. Melaluinya, GreenPan terus mencorak masa depan industri peralatan memasak.
Ringkasan AI
- GreenPan melancarkan Thermolon 9G, lapisan tidak melekat paling canggih bebas bahan kimia berbahaya PFAS
- Thermolon 9G menawarkan ketahanan yang lebih luar biasa terhadap haus dan calar, menjadikan produk bertahan sepuluh kali lebih lama
- Jean Yeap dari Katrin BJ menggariskan komitmen untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya memilih peralatan memasak bebas PFAS
- GreenPan Thermolon 9G memenuhi piawaian antarabangsa termasuk FDA 21 CFR 175.300, EU 1935/2004/EC, dan LFGB serta memperoleh pensijilan NSF/ANSI 51
- Teknologi Thermolon 9G merupakan lonjakan besar dalam industri peralatan memasak seramik tidak melekat, menetapkan standar keselamatan dan kualiti baru
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

