Covid-19: UUM agih makanan percuma kepada pelajar

Dr Ahmad Bashawir (kanan) mengagihkan pek makanan kepada wakil pelajar untuk dibawa ke penginapan masing-masing. - Foto ihsan UUM.
Dr Ahmad Bashawir (kanan) mengagihkan pek makanan kepada wakil pelajar untuk dibawa ke penginapan masing-masing. - Foto ihsan UUM.
A
A
A

SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) mengagihkan 5,300 bungkus makanan percuma kepada pelajar yang tinggal di kampus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Madya Dr Hendrik Lamsali berkata, makanan tengah hari itu disediakan oleh UUM kepada semua pelajar dan petugas keselamatan di universiti terbabit.

Menurutnya, pengagihan makanan tengah hari di semua Inapan Siswa (Inasis) dipantau oleh pengetua masing-masing agar tiada pelajar tercicir daripada menikmati kemudahan itu.

“Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Dr Ahmad Bashawir Abd Ghani arahkan agar pengagihan makanan kepada semua pelajar dalam kampus dilakukan segera setelah Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan menanggung perbelanjaan makanan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang tidak dapat pulang ke rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya ketika meninjau agihan makanan kepada pelajar hari ini.

Dr Hendrik (dua dari kiri) memantau agihan bungkusan makanan untuk pelajar yang tidak pulang ke kampung halaman masing-masing. - Foto ihsan UUM
Dr Hendrik (dua dari kiri) memantau agihan bungkusan makanan untuk pelajar yang tidak pulang ke kampung halaman masing-masing. - Foto ihsan UUM

Dr Hendrik berkata, sebelum ini pihak UUM turut mengedarkan makanan kering antaranya pelbagai jenis biskut, gula, milo, susu dan pelbagai lagi makanan ringan kepada mahasiswa di kampus.

“Kami berharap ibu bapa dan keluarga pelajar memberi kepercayaan kepada pihak pengurusan UUM untuk menjaga anak-anak mereka dengan sebaiknya,” katanya.

Menurutnya, tinjauan sekitar Inasis mendapati pelajar berada dalam keadaan selesa dan mereka menghargai keprihatinan kerajaan, universiti dan penyumbang dari seluruh negeri.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, kebanyakan pelajar turut meminta ibu bapa tidak panik kerana pihak universiti sentiasa mengambil langkah proaktif agar semua pihak mematuhi arahan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam membendung penularan Covid-19.

Dr Ahmad Bashawir (kiri) memantau stok bekalan makanan di Central Pantry Food Bank UUM. - Foto ihsan UUM
Dr Ahmad Bashawir (kiri) memantau stok bekalan makanan di Central Pantry Food Bank UUM. - Foto ihsan UUM