Yayasan Petronas raikan 1,700 keluarga India sempena Deepavali

KUALA KRAI - Yayasan Petronas menyalurkan sumbangan bakul makanan bernilai RM340,000 sekali gus meraikan 1,700 keluarga masyarakat India di seluruh negara sempena sambutan Deepavali pada tahun ini.
Setiap keluarga turut menerima makanan bertemakan Deepavali iaitu serbuk briyani masala, tepung campuran kesari dan minyak sapi.
Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata, program tersebut merupakan komitmen berterusan Yayasan Petronas untuk memberi lebih keceriaan kepada masyarakat India di negara ini.
“Daripada 1,700 keluarga, 100 daripadanya terdiri daripada masyarakat India di Kelantan yang menerima sumbangan bakul makanan tersebut.
“Kita turut menyampaikan kuih perayaan sinonim dengan Deepavali iaitu muruku yang disediakan khas oleh peserta Program Memperkasakan Kesejahteraan Rakyat (Mekar) anjuran Yayasan Petronas,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Memacu Kehidupan Festive: Deepavali 2025 di Dewan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di sini pada Selasa.
Menurut beliau, program itu merupakan salah satu cabang tanggungjawab sosial korporat Petronas dengan misi untuk mempertingkatkan kesejahteraan rakyat agar meraih masa depan yang lebih mampan.
Ujarnya, Yayasan Petronas berhasrat untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dan hasil sosioekonomi masyarakat di seluruh negara menerusi bidang tumpuan iaitu pendidikan, kesejahteraan, pembangunan masyarakat dan alam sekitar.
Ringkasan AI
- Yayasan Petronas menyalurkan sumbangan bakul makanan bernilai RM340,000 kepada 1,700 keluarga masyarakat India sempena Deepavali
- Setiap keluarga menerima makanan Deepavali termasuk serbuk briyani masala, tepung campuran kesari dan minyak sapi
- Program ini adalah komitmen Yayasan Petronas untuk memberi keceriaan kepada masyarakat India di Malaysia
- Seratus keluarga masyarakat India di Kelantan turut menerima sumbangan ini
- Program ini ada sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat Petronas untuk mempertingkatkan kesejahteraan rakyat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

