114 pelajar MRSM Kuantan dijangkiti influenza

Razali
Razali
A
A
A

KUANTAN - Seramai 114 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan di sini dikesan dijangkiti influenza.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Ir Razali Kassim berkata, bagaimanapun setakat ini tiada pelajar yang dimasukkan hospital.

Menurutnya, pihak pengurusan sekolah telah membenarkan semua pelajar pulang bermalam dan menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga 22 Oktober ini.

"Dakwaan institusi pendidikan itu ditutup ekoran wabak influenza ini tidak benar kerana 114 pelajar tingkatan empat masih dibenarkan berada sekolah bagi menduduki peperiksaan khas dengan pemantauan dari sekolah dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Razali berkata, situasi jangkitan influenza di MRSM Kuantan itu mula dikesan pada 5 Oktober dan sehingga 7 Oktober ini, 114 pelajar dikesan telah dijangkiti.

"Punca jangkitan disyaki daripada pelajar yang pulang ke rumah semasa cuti sekolah pada 13 hingga 21 September lalu.

" Penularan jangkitan telah berlaku di sekolah dalam kalangan pelajar melalui aktiviti harian di asrama dan sekolah," ujarnya.

Jelas beliau, tindakan kawalan dan Pencegahan yang telah diambil oleh pihak PKD Kuantqn bersama pihak pengurusan MRSM itu.

"Siasatan lanjut masih diteruskan untuk memantau situasi dan memastikan wabak ini dapat dikawal sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

"Kluster yang sama turut dikesan di beberapa lagi MRSM dan sekolah berasrama di negeri ini," katanya.

Ringkasan AI

  • Seramai 114 pelajar MRSM Kuantan dijangkiti influenza
  • Tiada pelajar yang dimasukkan hospital
  • Pelajar menjalani PdPR sehingga 22 Oktober
  • Jangkitan bermula pada 5 Oktober disebabkan pelajar pulang cuti sekolah
  • Tindakan kawalan dan pencegahan telah diambil

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!