[VIDEO] Lelaki Mesir mengaku tidak salah ambil dadah

A
A
A

MELAKA – Lelaki warga Mesir dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas tuduhan menggunakan dadah jenis ganja, Sabtu lalu.

Tertuduh, Hosam Mohamed Mahmoud, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Mengikut pertuduhan, Hosam didakwa menggunakan dadah berbahaya jenis 11-Nor-Delta-9-Tetrahydrocannabinol-9-Carboxylic Acid (THC) di tandas pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini jam 7 malam, pada 4 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Kes itu turut dibaca bersama Seksyen 38B akta sama yang membolehkan tertuduh dikenakan pengawasan antara dua hingga tiga tahun, jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan selepas mendapati pasport tertuduh tidak mempunyai rekod kemasukan sah ke negara ini.

Namun mahkamah akan mempertimbangkan permohonan sekiranya tertuduh memberikan alasan munasabah.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Abdullah Mohd Rodzlad mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 November depan untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan patologi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lelaki warga Mesir dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka atas tuduhan menggunakan dadah jenis ganja
  • Tertuduh mengaku tidak bersalah untuk pertuduhan penggunaan dadah jenis THC
  • Hosam didakwa menggunakan dadah di tandas pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Melaka Tengah
  • Hukuman untuk kesalahan boleh mencapai denda RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun
  • Mahkamah tidak membenarkan jaminan kerana pasport Hosam tiada rekod kemasukan sah ke Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!