Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 19 sebuah kondominium di Batu Caves di sini pada Isnin. Foto hiasan
Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 19 sebuah kondominium di Batu Caves di sini pada Isnin. Foto hiasan
A
A
A

GOMBAK - Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 19 sebuah kondominium di Batu Caves di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bersama petugas perubatan Hospital Selayang digerakkan ke lokasi selepas menerima maklumat pada jam 5.49 petang.

Menurutnya, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa dipercayai jatuh dari tingkat 19 bangunan kondominium berkenaan.

"Siasatan mendapati mangsa ialah seorang wanita tempatan berusia 19 tahun," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemeriksaan awal di lokasi tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian akibat kecederaan parah di bahagian kepala yang konsisten dengan impak jatuh dari tempat tinggi.

Jelasnya, kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).

Katanya lagi, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menghormati privasi ahli keluarga mangsa.

"Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat merangkap Ketua Balai Selayang, Inspektor Mohd Ridzuan Alang di talian 019-4492685 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 19 sebuah kondominium di Batu Caves
  • Sepasukan polis dari IPD Gombak bersama petugas perubatan digerakkan ke lokasi selepas menerima maklumat
  • Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat jatuh dari tingkat 19 kondominium
  • Pemeriksaan awal di lokasi tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan punca kematian akibat kecederaan parah di kepala
  • Kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!