Banjir: Jumlah mangsa di Kedah meningkat, Perak menurun

Sebahagian kawasan di Kampung Jalan Makam Diraja Langgar mula dilanda banjir kilat selepas hujan lebat pagi tadi menyebabkan air Sungai Langgar melimpah ketika tinjauan di Pekan Langgar, Alor Setar pada Ahad. Foto: Bernama
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baharu dibuka di Sekolah Kebangsaan Langgar, namun jumlah mangsa masih dalam proses bancian.
Beliau berkata, setakat pukul 4 petang, jumlah mangsa di PPS Dewan Serbaguna Pokok Sena meningkat kepada 109 orang daripada 33 keluarga berbanding 100 orang daripada 30 keluarga pagi tadi.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sebahagian kawasan di Kampung Jalan Makam Diraja Langgar mula dilanda banjir kilat selepas hujan lebat pagi tadi menyebabkan air Sungai Langgar melimpah ketika tinjauan di Pekan Langgar, Alor Setar pada Ahad. Foto: Bernama Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baharu dibuka di Sekolah Kebangsaan Langgar, namun jumlah mangsa masih dalam proses bancian. Beliau berkata, setakat pukul 4 petang, jumlah mangsa di PPS Dewan Serbaguna Pokok Sena meningkat kepada 109 orang daripada 33 keluarga berbanding 100 orang daripada 30 keluarga pagi tadi. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat apabila satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka pada Ahad manakala bilangan mangsa bencana itu di Perak semakin berkurang setakat jam 4 petang pada Ahad.

Di KEDAH, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, sebuah PPS baharu dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar, Alor Setar, namun jumlah mangsa dan keluarga yang ditempatkan masih dalam proses bancian.

Di PPS Dewan Serbaguna Pokok Sena, beliau berkata jumlah mangsa meningkat kepada 109 orang daripada 33 keluarga berbanding 100 orang daripada 30 keluarga, pagi Ahad. 

"Satu sungai berada pada tahap amaran iaitu Sungai Kedah di Jabatan Lebuhraya, Kota Setar pada paras 1.84 meter berbanding paras yang ditetapkan 1.8 meter,” katanya dalam kenyataan pada Ahad. 

Beliau berkata setakat ini, cuaca di Kedah cerah tanpa hujan, namun kejadian banjir dipercayai berpunca daripada aliran air dari Pokok Sena ke Pekan Langgar.

Di PERAK, hanya satu PPS masih dibuka di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) selepas dua PPS, iaitu di SK Matang Gelugor dan SK Simpang, Taiping, ditutup masing-masing pada 2 petang dan 3 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa kini berkurangan kepada 31 orang daripada lapan keluarga berbanding 107 orang daripada 33 keluarga pagi tadi melibatkan penduduk dari Kampung Matang Jambu dan Kampung Telok Kertang.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan di daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta pada sebelah malam Ahad. - Bernama 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat dengan pembukaan pusat pemindahan sementara baharu di Sekolah Kebangsaan Langgar, Alor Setar
  • Jumlah mangsa di PPS Dewan Serbaguna Pokok Sena, Kedah meningkat kepada 109 orang dari 33 keluarga
  • Sungai Kedah di Jabatan Lebuhraya, Kota Setar berada pada tahap amaran dengan paras 1.84 meter
  • Cuaca di Kedah cerah tanpa hujan tetapi banjir dipercayai disebabkan oleh aliran air dari Pokok Sena ke Pekan Langgar
  • Di Perak, jumlah mangsa banjir berkurangan menjadi 31 orang dari lapan keluarga dengan hanya satu PPS dibuka di daerah Larut, Matang dan Selama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!