Perjuangan sukarelawan GSF jadi pembakar semangat rakyat - MB Pahang

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Perjuangan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan rejim Israel menjadi pembakar semangat kepada seluruh rakyat untuk terus bersatu, kata Wan Rosdy

Menurutnya, kesemua 23 sukarelawan GSF dari Malaysia yang ditahan tentera Israel telah selamat dibawa keluar dan tiba di Istanbul, Turkiye.

"Perjuangan mereka bersama sukarelawan antarabangsa sebagai pembakar semangat untuk terus menegakkan keadilan dan memperjuangkan hak kemanusiaan sejagat.

"Semoga ALLAH SWT terus melindungi mereka, mengurniakan kekuatan kepada seluruh sukarelawan kemanusiaan dan memberikan kemenangan kepada rakyat Palestin yang berjuang mempertahankan tanah air serta maruah mereka," katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada Ahad.

Beliau turut menzahirkan rasa lega atas keselamatan sukarelawan yang berjuang membawa misi kemanusiaan ke Gaza demi membela nasib rakyat Palestin yang terus ditindas.

"Syukur Alhamdulillah, kesemua sukarelawan GSF dari Malaysia yang sebelum ini ditahan rejim Israel telah dibawa keluar dan selamat tiba di Istanbul, Turkiye," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kesemua sukarelawan GSF kini dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Ramon, Israel dan seterusnya ke Istanbul, Turkiye selepas dibebaskan daripada tahanan rejim Zionis.

Mereka diterbangkan menggunakan pesawat khas dari Turkiye selepas rundingan diplomatik pelbagai hala dan mendapat persetujuan bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan untuk menguruskannya.

Peserta kini sedang diselaraskan untuk transit di Istanbul bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perjuangan sukarelawan Global Sumud Flotilla yang ditahan Israel menjadi inspirasi perpaduan
  • Kesemua 23 sukarelawan dari Malaysia telah selamat tiba di Istanbul, Turkiye
  • Menteri Besar Pahang berdoa agar Allah melindungi sukarelawan dan memberikan kemenangan kepada rakyat Palestin
  • Rasa lega diungkapkan atas selamatnya sukarelawan yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza
  • Sukarelawan dipulangkan ke Turkiye melalui pesawat khas setelah rundingan diplomatik dan mendapat restu Presiden Turkiye

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!