Tiga ditahan jadikan rumah 'port' proses, edar ketum

Tiga lelaki ditahan hasil pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Padang 2 pada Jumaat. Foto FB Briged Tenggara PGA
Tiga lelaki ditahan hasil pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Padang 2 pada Jumaat. Foto FB Briged Tenggara PGA
A
A
A

KUANTAN - Tindakan tiga lelaki yang menjadikan sebuah rumah di Kampung Padang 2 di sini dipercayai sebagai lokasi memproses dan mengedar daun ketum terbongkar selepas diserbu Ibu Pejabat Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Taring Mitra pada Jumaat.

Dalam serbuan kira-kira jam 6.30 pagi itu, ketiga-tiga suspek berusia 41, 48 dan 57 tahun itu ditahan selepas pasukan operasi melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan.

Menurut kenyataan di laman Facebook Briged Tenggara PGA, hasil pemeriksaan di lokasi menemui 163.45 kilogram daun ketum dan 796 bungkus air ketum yang sudah siap diproses dengan anggaran sebanyak 636.8 liter.

Antara ketum yang sudah diproses ditemui dalam serbuan tersebut. Foto FB Briged Tenggara PGA
Antara ketum yang sudah diproses ditemui dalam serbuan tersebut. Foto FB Briged Tenggara PGA

"Turut ditemui, tiga unit telefon bimbit serta pelbagai peralatan memproses dan menyimpan ketum. Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM30,142.

"Kesemua suspek dan barang rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk tindakan lanjut," jelas kenyataan tersebut.

Antara hasil rampasan di rumah terbabit. Foto FB Briged Tenggara PGA
Antara hasil rampasan di rumah terbabit. Foto FB Briged Tenggara PGA

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tiga lelaki ditangkap di Kampung Padang 2, Kuantan kerana memproses dan mengedar daun ketum
  • Serbuan dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Taring Mitra
  • Ditemui 163.45 kilogram daun ketum dan 796 bungkus air ketum siap proses
  • Barang rampasan termasuk tiga unit telefon bimbit dan peralatan memproses ketum bernilai RM30,142
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!