107 penduduk Pontian dipindahkan akibat banjir kilat

PONTIAN – Seramai 107 penduduk daripada 33 keluarga di daerah ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat awal pagi Sabtu.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, sebuah PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya pada jam 6 pagi bagi menempatkan semua mangsa yang terjejas.

“Setakat jam 10 pagi, hanya daerah Pontian terjejas dengan satu PPS dibuka.
"Antara kawasan terlibat ialah Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Pak Kalib, Kampung Seri Menanti dan Kampung Maju Jaya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Seramai 107 penduduk daripada 33 keluarga di Pontian dipindahkan ke PPS akibat banjir kilat
- PPS dibuka di SK Melayu Raya pada jam 6 pagi untuk menempatkan mangsa banjir
- Hanya daerah Pontian terjejas dan satu PPS dibuka setakat jam 10 pagi
- Kawasan terlibat termasuk Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Pak Kalib, Kampung Seri Menanti dan Kampung Maju Jaya
- Kenyataan dikeluarkan oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

