Banjir kilat: PPS di Pontian ditutup

PONTIAN - Banjir kilat yang melanda lima kampung di daerah ini pulih sepenuhnya selepas satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak semalam ditutup petang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata, PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya secara rasmi ditutup pada jam 2 petang tadi.
"Sebanyak 157 penduduk dari 46 keluarga ditempatkan di PPS setakat 12 tengah hari tadi," katanya dalam kenyataan.
Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri itu berkata, hujan lebat berterusan dan penurunan air Gunung Pulai menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.
Kawasan yang terlibat adalah Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Pak Kalib, Kampung Seri Menanti dan Kampung Maju Jaya.
Secara keseluruhan 159 penduduk daripada 46 keluarga ditempatkan di PPS itu yang dibuka pada 6 pagi. - Bernama
Ringkasan AI
- Banjir kilat melanda lima kampung di daerah Pontian pulih sepenuhnya
- PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya ditutup pada 2 petang
- Sebanyak 157 penduduk dari 46 keluarga ditempatkan di PPS
- Hujan lebat dan penurunan air Gunung Pulai menyebabkan banjir
- Kawasan terlibat adalah Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Pak Kalib, Kampung Seri Menanti dan Kampung Maju Jaya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
