Kapal peninjau Observer Shireen selamat berlabuh

Sani Araby memberi taklimat kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (kiri) yang melawat bilik gerakan Operasi Sumud Nusantara pada Jumaat. Foto Bernama
Sani Araby memberi taklimat kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (kiri) yang melawat bilik gerakan Operasi Sumud Nusantara pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

SEPANG – Kapal peninjau Observer Shireen, yang menyediakan khidmat guaman dan perubatan sepanjang pelayaran Misi Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan selamat berlabuh di Pelabuhan Paphos, Cyprus pada jam 3.40 petang waktu Malaysia.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim berkata, kapal berkenaan telah mengiringi konvoi sejak awal perjalanan dengan peranan utama memberi sokongan kepada seluruh peserta flotila.

“Kapal ini akan meneruskan pelayaran sehingga tamat misinya di Cyprus,” katanya pada sidang media di Mapim Central Warehouse, Sepang, malam Jumaat.

Dalam pada itu, Sani Araby turut mengesahkan kapal terakhir dalam misi berkenaan iaitu Marinette telah dipintas rejim Zionis pada jam 3.30 petang waktu Malaysia.

Menurutnya, tiada rakyat Malaysia berada di atas kapal tersebut yang hanya membawa tiga warga Turkiye, seorang warga Oman, seorang warga Jerman dan seorang warga Australia.

Beliau menambah, keluarga kepada delegasi Malaysia turut hadir ke SNCC pada petang Jumaat untuk mengikuti sesi taklimat dan mendengar perkembangan terkini mengenai keadaan ahli keluarga mereka yang terlibat dalam misi itu.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kapal peninjau Observer Shireen selamat berlabuh di Pelabuhan Paphos, Cyprus
  • Kapal tersebut menyediakan khidmat guaman dan perubatan kepada peserta Misi Global Sumud Flotilla
  • Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim mengatakan kapal ini akan meneruskan pelayaran hingga tamat misinya di Cyprus
  • Kapal terakhir dalam misi, Marinette, telah dipintas rejim Zionis
  • Tiada rakyat Malaysia berada di atas Marinette yang membawa delegasi dari Turkiye, Oman, Jerman, dan Australia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!