22 pelajar Sekolah Sri Acmar sertai program warisan budaya di China

22 pelajar dari institusi pendidikan di bawah naungan Kumpulan Acmar, Sekolah Sri Acmar yang menyertai program warisan budaya di Yongchun, Wilayah Fujian, China.
22 pelajar dari institusi pendidikan di bawah naungan Kumpulan Acmar, Sekolah Sri Acmar yang menyertai program warisan budaya di Yongchun, Wilayah Fujian, China.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 22 pelajar dari institusi pendidikan di bawah naungan Kumpulan Acmar, Sekolah Sri Acmar menyertai program warisan budaya di Yongchun, Wilayah Fujian, China bagi memupuk pemahaman silang budaya dan meningkatkan penghargaan terhadap warisan tidak ketara masyarakat Cina.

Pengetua Sekolah Menengah Sri Acmar, Susila Rani berkata, program itu memberi peluang kepada pelajar Malaysia mendalami seni tradisional secara langsung melalui beberapa aktiviti utama termasuk pengalaman seni bela diri di Akademi Kuixing.

“Perjalanan ini bukan sekadar lawatan, tetapi merupakan pelajaran hidup tentang kewarganegaraan global.

Pelajar kami pulang bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga dengan rasa hormat yang mendalam terhadap budaya berusia ribuan tahun. Inilah inti pati pendidikan yang kami perjuangkan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ujar Susila, pelajar dapat mengikuti bengkel pembuatan dupa yang memperkenalkan Xiangdao dan teknik menghasilkan cap dupa menggunakan acuan tradisional serta serbuk khas.

“Aktiviti berkenaan mengasah ketelitian di samping memperlihatkan nilai simbolik dalam amalan budaya Cina.

“Selain itu, sesi dialog pertukaran budaya bersama pelajar Yongchun turut diadakan, membolehkan kedua-dua pihak berkongsi pengalaman kehidupan, sistem pendidikan dan adat resam masing-masing.

“Pertukaran hadiah peribadi menjadi simbol persahabatan serta rasa saling menghormati antara budaya,” ujarnya.

Menurut Susila, inisiatif yang berlangsung dari 27 Ogos hingga 1 September itu bukan sahaja memperkenalkan pelajar Malaysia kepada kekayaan warisan budaya Cina, malah berfungsi sebagai platform penting bagi dialog antarabangsa dan usaha pemeliharaan warisan.

Artikel Berkaitan:

“Ia turut mengukuhkan peranan pendidikan dalam memelihara kepelbagaian budaya serta meningkatkan keterlihatan global warisan Yongchun,” kata Susila.

Ringkasan AI

  • Pelajar dari institusi pendidikan Kumpulan Acmar menyertai program warisan budaya di Yongchun, China untuk memupuk pemahaman silang budaya
  • Program tersebut sebagai pelajaran hidup tentang kewarganegaraan global dan penghargaan terhadap warisan budaya Cina
  • Aktiviti utama termasuk belajar seni bela diri di Akademi Kuixing dan pembuatan dupa menggunakan teknik tradisional
  • Sesi dialog dan pertukaran hadiah dengan pelajar Yongchun meningkatkan persahabatan dan rasa menghargai antara dua budaya
  • Program bertujuan memperkenalkan kekayaan budaya Cina, mempromosikan dialog antarabangsa, dan memperkuat peranan pendidikan dalam pemeliharaan kepelbagaian budaya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!