PRN Sabah: Sidang media bubar DUN akan dimaklumkan kelak -Jabatan Ketua Menteri

Spekulasi pembubaran DUN Sabah turut tersebar selepas mesyuarat Majlis Presiden melibatkan pimpinan komponen GRS diadakan pada Rabu lalu.
Spekulasi pembubaran DUN Sabah turut tersebar selepas mesyuarat Majlis Presiden melibatkan pimpinan komponen GRS diadakan pada Rabu lalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - [KEMAS KINI] Sidang media berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan dimaklumkan kepada pihak media apabila tiba masanya nanti.

Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri berkata, pihaknya menerima banyak pertanyaan mengenai tarikh pembubaran DUN Sabah.

"Memandangkan banyak pertanyaan  daripada pihak media berkaitan tarikh pembubaran DUN Sabah, sukacita kami ingin memaklumkan bahawa jemputan untuk sidang media berkaitan pembubaran DUN Sabah oleh Ketua Menteri akan dimaklumkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri apabila tiba masanya," kata kenyataan itu pada Jumaat.

Sehubungan itu, kenyataan itu memaklumkan kerjasama daripada semua pihak media amat dihargai.

Sebelum itu, tular tarikh tertentu yang dikatakan DUN Sabah akan dibubarkan termasuk pada 3 Oktober bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan susulan tamatnya penggal pentadbiran sedia ada.

Bagaimanapun, tarikh sebenar pembubaran DUN masih menjadi tanda tanya kerana tiada pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan negeri setakat ini.

Difahamkan, spekulasi mengenai pembubaran DUN juga turut tersebar selepas mesyuarat Majlis Presiden melibatkan pimpinan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diadakan pada malam Rabu lalu.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sidang media berhubung pembubaran DUN Sabah akan dimaklumkan apabila tiba masanya
  • Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri menerima banyak pertanyaan mengenai tarikh pembubaran DUN
  • Jemputan untuk sidang media akan dimaklumkan menerusi 'Note to Editor'
  • Kerjasama daripada media dihargai berkaitan isu pembubaran DUN
  • Tarikh pembubaran DUN Sabah masih menjadi tanda tanya tanpa pengumuman rasmi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!