Kadzim dilantik semula sebagai Speaker DUN Sabah

KOTA KINABALU - Datuk Seri Kadzim M Yahya sekali lagi diberi mandat untuk memimpin Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah selepas dilantik semula sebagai Speaker.
Kadzim menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini, pada Khamis.
Upacara mengangkat sumpah turut dilaksanakan di hadapan Tun Musa sebelum beliau menandatangani dokumen pelantikan yang disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi.
Istiadat itu turut disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama barisan menteri kabinet dan pembantu menteri.
Ringkasan AI
- Kadzim dilantik semula sebagai Speaker DUN Sabah
- Datuk Seri Kadzim M Yahya diberi mandat memimpin Dewan Undangan Negeri Sabah
- Menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman
- Upacara angkat sumpah diadakan di Istana Seri Kinabalu
- Istiadat disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan barisan menteri kabinet
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

