Terengganu mula tanggung subsidi air rakyat bermula November - Ahmad Samsuri

Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu akan mula menanggung subsidi bil air bagi pengguna domestik bermula November ini sebagai langkah meringankan beban rakyat susulan pelarasan tarif air pada Ogos lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu lalu setelah mengambil kira keresahan rakyat berhubung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menurutnya, bil air bagi pengguna domestik Band 2 (21–35 meter padu) akan ditanggung subsidi sebanyak 30 peratus, melibatkan 78,807 akaun, manakala pengguna domestik Band 3 (melebihi 35 m³) menerima subsidi sebanyak 15 peratus melibatkan 94,610 akaun.

No Image Caption

"Dengan keputusan ini, pengguna domestik Band 2 hanya perlu membayar 70 peratus daripada bil sebenar, manakala Band 3 hanya perlu membayar 85 peratus.

"Kerajaan negeri akan menanggung kos keseluruhan sebanyak RM24 juta setahun untuk melaksanakan inisiatif ini," katanya menerusi kenyataan di laman sosial rasminya pada Jumaat.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zulkifli Ali menerusi edaran surat rasmi pada Khamis berkata, pemberian subsidi itu dijangka mewujudkan situasi menang-menang antara rakyat dan syarikat operator, Syarikat Air Terengganu (SATU).

"Langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan beban pengguna, malah memastikan SATU terus komited dalam menyediakan bekalan air yang stabil, berkualiti dan mampan kepada rakyat negeri ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan Terengganu akan menanggung subsidi bil air bagi pengguna domestik bermula November ini
  • Subsidi bil air untuk pengguna domestik Band 2 adalah 30 peratus dan Band 3 adalah 15 peratus
  • Melibatkan 78,807 akaun untuk Band 2 dan 94,610 akaun untuk Band 3
  • Kerajaan negeri akan menanggung kos keseluruhan sebanyak RM24 juta setahun
  • Langkah ini dianggap dapat mengurangkan beban pengguna dan memastikan bekalan air yang stabil dan berkualiti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!