Penulis blog Murray Hunter ditahan di Bangkok - MCMC

Murray Hunter
Murray Hunter
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penulis blog warga asing Murray Hunter telah ditahan di Bangkok bulan lepas, kerana gagal mematuhi saman dikeluarkan pihak berkuasa Thailand untuk membantu siasatan, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini.

MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa suruhanjaya itu difahamkan Hunter telah ditahan pada 29 September di Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan penahanan itu berkait rapat dengan kegagalan lelaki itu mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa Thailand.

"Semua perkara berkaitan penahanan, kemungkinan kesalahan dan sebarang pertuduhan adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa Thailand. MCMC menghormatinya dan akan mematuhi proses serta keputusan sistem keadilan Thailand,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat di Malaysia dan Thailand pada April dan Jun 2024 berhubung penerbitan Hunter yang berkaitan dengan institusi Malaysia, termasuk MCMC.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa Hunter yang merupakan seorang warganegara Australia, menjalankan aktiviti penerbitannya dari Thailand, dengan kandungannya turut boleh diakses di dalam negara itu.

Selain itu, satu tuntutan sivil telah difailkan di Malaysia, dengan dokumen tuntutan disampaikan kepada lelaki itu di Thailand. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang penulis blog warga asing Murray Hunter ditahan di Bangkok kerana gagal mematuhi saman pihak berkuasa Thailand
  • Penahanan berlangsung pada 29 September di Lapangan Terbang Suvarnabhumi
  • Penahanan berkaitan dengan kegagalan mematuhi arahan pihak berkuasa Thailand
  • Laporan polis telah dibuat di Malaysia dan Thailand berkaitan penerbitan Hunter tentang institusi Malaysia
  • Murray Hunter, warga Australia, menjalankan aktiviti penerbitannya dari Thailand

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!