Beberapa laluan di ibu negara ditutup sempena KLSCM, LTdL pada 4 dan 5 Oktober

Fadil. Foto Bernama
Fadil. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa laluan utama di ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat sempena penganjuran dua acara pada hujung minggu ini iaitu Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2025 dan penamat perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, KLSCM 2025 akan berlangsung pada 4 dan 5 Oktober melibatkan kira-kira 40,000 peserta termasuk 3,300 peserta antarabangsa dengan menggunakan jalan raya di sekitar pusat bandar.

Beliau berkata, acara larian 5 kilometer (km) dan 10km pada 4 Oktober akan bermula 5.30 pagi dengan penutupan jalan dari 5 pagi hingga 10 pagi, manakala acara larian 21km dan 42km pada 5 Oktober akan bermula 3.30 pagi dengan penutupan jalan secara berperingkat dari 3 pagi hingga 10 pagi.

"Antara jalan yang terlibat pada 4 Oktober ialah Jalan Raja Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang arah pusat bandar, Jalan P. Ramlee serta Jalan Kuching menuju ke Bulatan Dato Onn,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Bagi acara 21km dan 42km pada 5 Oktober, laluan yang ditutup termasuk Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Lebuhraya AKLEH, Lebuhraya DUKE serta beberapa laluan utama lain sekitar pusat bandar.

Sementara itu, Fadil berkata, perlumbaan basikal LTdL 2025 yang bermula di Tangkak, Johor akan menamatkan peringkat terakhir di hadapan KLCC, Jalan Ampang pada 5 Oktober kira-kira 3 petang.

"Sehubungan itu, beberapa jalan di sekitar KLCC termasuk Jalan Ampang, Jalan Tun Razak, Jalan Yap Kwan Seng dan Jalan P Ramlee akan ditutup sementara bermula 2 petang hingga selesai perlumbaan,” katanya.

Beliau menasihati semua pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan lebih awal serta memberi kerjasama bagi memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang acara berlangsung.

"Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Bilik Gerakan JSPT Kuala Lumpur di talian 03-2026 0267 / 0269. - Bernama

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Beberapa laluan utama di Kuala Lumpur akan ditutup dan dilencongkan sempena KLSCM dan LTdL 2025
  • KLSCM 2025 berlangsung pada 4 dan 5 Oktober dengan 40,000 peserta termasuk 3,300 peserta antarabangsa
  • Acara larian pada 4 Oktober akan bermula 5.30 pagi dan pada 5 Okt akan bermula 3.30 pagi
  • Perlumbaan basikal LTdL 2025 akan menamatkan peringkat terakhir di KLCC pada 5 Oktober kira-kira 3 petang
  • Pengguna jalan raya disarankan merancang perjalanan lebih awal dan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur untuk maklumat lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!