Kerajaan Sabah bimbang penahanan Zizi Kirana dan Sul Aidil

Zizi Kirana dan Sul Aidil antara lapan disahkan ditahan tentera Israel setakat jam 6 pagi waktu Malaysia.
Zizi Kirana dan Sul Aidil antara lapan disahkan ditahan tentera Israel setakat jam 6 pagi waktu Malaysia.
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah menzahirkan kebimbangan berhubung penahanan dua anak Sabah iaitu Zizi Kirana dan Sul Aidil yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza menerusi konvoi Global Sumud Flotilla.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu hantaran di laman Facebook berkata, kerajaan negeri yakin Perdana Menteri bersama Menteri Luar Negeri akan mengambil langkah diplomatik terbaik bagi memastikan pembebasan segera semua sukarelawan yang terlibat.

"Kerajaan negeri amat prihatin dan menzahirkan rasa kebimbangan terhadap penahanan saudari Zizi Kirana dan saudara Sul Aidil, anak Sabah yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza. Keberanian mereka amat membanggakan kita semua.

"Saya menyeru seluruh warga Sabah, tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan politik agar bersatu memberikan solidariti dalam perkara ini," katanya pada Khamis.

Hajiji menambah, doa rakyat Sabah sentiasa mengiringi keselamatan serta pembebasan semua sukarelawan yang berjuang atas nama kemanusiaan.

Sebelum itu, Zizi Kirana dan Sul Aidil antara lapan disahkan ditahan tentera Israel setakat jam 6 pagi waktu Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan Sabah prihatin terhadap penahanan Zizi Kirana dan Sul Aidil yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza
  • Ketua Menteri Sabah yakin Perdana Menteri dan Menteri Luar akan mengambil langkah diplomatik untuk pembebasan sukarelawan
  • Zizi Kirana dan Sul Aidil adalah wakil anak Sabah dalam konvoi Global Sumud Flotilla
  • Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menyeru solidariti warga Sabah untuk menyokong sukarelawan
  • Doa untuk keselamatan dan pembebasan sukarelawan mengiringi usaha diplomasi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!