30 kapal masih mara ke Gaza - Nadir

SHAH ALAM - Sebanyak 30 buah kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla massih meneruskan perjalanan mereka ke Gaza walaupun lapan buah kapal telah telah dipintas oleh Tentera Laut Israel sebaik konvoi berkenaan memasuki zon merah.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
“30 buah kapal masih mara ke Gaza pada saat ini,” katanya ringkas menerusi hantaran di Thread.
Menurut kenyataan The Global Sumud Flotilla lapan kapal misi kemanusiaan tersebut telah dipintas dan ditahan Tentera Laut Israel.
Lapan kapal yang telah disahkan ialah Deir Yassine/Mali, Huga, Spectre, Adara, Alma, Sirius, Aurora and Grande Blue.
Pada jam 2.03 pagi waktu Malaysia, SNCC mengesahkan kapal GSF telah dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa ketika konvoi itu menuju ke Gaza bagi misi kemanusiaan.
Kementerian Luar Negeri Israel dalam satu kenyataan telah menuduh konvoi tersebut adalah satu tindakan provokasi dan mengarahkan mereka mengubah haluan.
Israel juga mendakwa mereka mahu menghantar bantuan itu sendiri terus kepada Gaza.
Kenyataan itu menambah Tentera Laut Israel telah menghubungi GSF dan menggesa supaya ia mengubah haluan, dengan memberi amaran bahawa konvoi sedang menghampiri zon pertempuran aktif dan melanggar sekatan laut yang sah.
Beberapa sukarelawan yang sempat menghantar mesej menerusi media sosial memberitahu tentera Israel telah menggunakan meriam air dan menyembur kearah bot mereka.
Turut ditahan ialah aktivis terkenal dari Sweden, Greta Thunberg, dan disahkan dibawa ke sebuah pelabuhan Israel.
End..
Ringkasan AI
- Sebanyak 30 buah kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla masih meneruskan perjalanan mereka ke Gaza walaupun lapan buah kapal telah dipintas oleh Tentera Laut Israel
- Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, mengesahkan perjalanan tersebut masih berlangsung
- Lapan kapal yang dipintas termasuklah Deir Yassine/Mali, Huga, Spectre, Adara, Alma, Sirius, Aurora dan Grande Blue
- Israel menuduh konvoi tersebut sebagai tindakan provokasi dan mengarahkan kapal-kapal itu untuk mengubah haluan dengan mengaku ingin menghantar bantuan secara langsung
- Aktivis terkenal dari Sweden, Greta Thunberg, turut ditahan dan dibawa ke sebuah pelabuhan Israel
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
