GSF: Empat lagi rakyat Malaysia termasuk Heliza Helmi ditahan

Empat lagi rakyat Malaysia termasuk Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan dipintas tentera Zionis di perairan Gaza, pagi ini.
Empat lagi rakyat Malaysia termasuk Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan dipintas tentera Zionis di perairan Gaza, pagi ini.
A
A
A

SEPANG - Empat lagi rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan dipintas tentera Zionis di perairan Gaza, pagi ini.

Mereka ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah, yang menaiki kapal Hio, selain Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad yang berada di atas kapal Grande Blu.

Menurut sistem pengesan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Grande Blu dipintas pada jam 12.58 tengah malam waktu Gaza, manakala Hio pada jam 2.34 pagi pada kedudukan kira-kira 60 batu nautika dari Gaza.

Setakat jam 7.50 pagi waktu Malaysia, seramai 17 rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan dengan SNCC selepas kapal mereka dipintas.

Mereka termasuk penyanyi Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga; Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil yang berada di atas kapal Alma; serta Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli yang menaiki kapal Sirius.

SNCC memaklumkan setakat ini, sepuluh kapal berada pada status "diserang” manakala 13 kapal lagi menghantar isyarat "kecemasan”. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Empat lagi rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla dipintas tentera Zionis di perairan Gaza
  • Penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah, menaiki kapal Hio sementara Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad berada di kapal Grande Blu
  • Grande Blu dipintas pada jam 12.58 tengah malam dan Hio pada jam 2.34 pagi waktu Gaza
  • Seramai 17 rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan selepas kapal mereka dipintas
  • Sepuluh kapal berada pada status "diserang" dan 13 kapal menghantar isyarat "kecemasan"

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!