Berang dengan jiran, lelaki bunuh dan makan burung merak peliharaan

Vogt dipercayai terlalu melindungi burung merak peliharaannya sehingga tidak boleh didekati sesiapa pun. - Foto Agensi
Vogt dipercayai terlalu melindungi burung merak peliharaannya sehingga tidak boleh didekati sesiapa pun. - Foto Agensi
A
A
A

FLORIDA - Gara-gara bertengkar dengan jiran, seorang lelaki membunuh, memasak dan memakan dua burung merak peliharaannya.

Pelaku dikenali sebagai Craig Vogt, 61, dari Hudson, Florida di Amerika Syarikat (AS) ditahan pada 23 September lalu dan berdepan pertuduhan jenayah melakukan kekejaman terhadap haiwan.

"Vogt meletakkan nota dalam peti surat jirannya untuk memberitahu dia berbuat demikian kerana wanita itu terus memberi makan kepada kedua-dua burung merak tersebut," menurut afidavit disediakan Pejabat Syerif Daerah Pasco.

Lelaki itu juga merancang untuk membunuh kesemua burung merak peliharaannya apabila dibebaskan kerana enggan ia dipelihara individu lain.

Bagaimanapun, masih tidak jelas jumlah sebenar burung merak yang dipelihara Vogt.

"Ia berpunca kerana pertelingkahan dengan jiran dan dianggap sebagai insiden terpencil serta tidak mengancam keselamatan awam," jelas pejabat syerif itu dalam satu kenyataan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lelaki dari Florida membunuh, masak, dan makan dua burung merak peliharaannya karena bertengkar dengan jiran
  • Craig Vogt, 61, ditahan kerana kekejaman terhadap haiwan setelah bertengkar dengan jiran yang memberi makan burung-burung itu
  • Vogt meninggalkan nota untuk jiran, mengatakan dia bertindak demikian karena jiran terus memberi makan burung merak
  • Dia berencana untuk membunuh semua burung merak peliharaannya jika dibebaskan
  • Kejadian itu dianggap sebagai insiden terpencil yang tidak mengancam keselamatan awam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!