Trak di laluan selekoh, menuruni bukit sebelum terjunam ke gaung

Trak tentera yang terbabit nahas dekat Terowong Menora pada Rabu dipercayai melalui selekoh dalam keadaan hujan dan menuruni bukit sebelum terjunam ke dalam gaung.
Trak tentera yang terbabit nahas dekat Terowong Menora pada Rabu dipercayai melalui selekoh dalam keadaan hujan dan menuruni bukit sebelum terjunam ke dalam gaung.
A
A
A

KUALA KANGSAR - [DIKEMAS KINI] Trak tentera dinaiki tujuh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terbabit dalam nahas dekat Terowong Menora pada Rabu dipercayai melalui selekoh dalam keadaan hujan dan menuruni bukit sebelum terjunam ke dalam gaung.

Kejadian sekitar jam 5 petang itu mengorbankan seorang anggota manakala enam yang lain termasuk pemandu cedera.

Difahamkan, semasa kejadian, trak itu dalam perjalanan dari Kem Batalion 2 Rejimen Renjer Diraja (2RRD) Ipoh menuju ke Kem Batalion 9RRD di Taiping.

Maklumat awal menyebut, sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam gaung sedalam enam meter.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan seorang daripada mangsa maut di lokasi nahas.

Katanya, mangsa maut dikenali dikenali sebagai Ruzaimi Md Shariff yang duduk di bahagian penumpang belakang.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kangsar bagi urusan bedah siasat. Lain-lain perkara masih dalam siasatan," katanya.

Media dimaklumkan, seorang daripada anggota mengalami cedera parah telah dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut sementara yang lain mengalami cedera ringan dirawat di Hospital Kuala Kangsar.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang anggota ATM maut selepas trak dinaiki bersama enam yang lain terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kilometer 257 Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora, di sini.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Trak tentera terbabas dan terjunam ke dalam gaung semasa hujan di Terowong Menora, membawa tujuh anggota ATM
  • Seorang anggota maut dan enam cedera dalam kejadian tersebut
  • Trak itu dalam perjalanan dari Kem Batalion 2 Rejimen Renjer Diraja Ipoh ke Kem Batalion 9RRD di Taiping
  • Mangsa maut dikenali sebagai Ruzaimi Md Shariff
  • Seorang anggota cedera parah dirawat di Hospital Taiping, yang lain di Hospital Kuala Kangsar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!