Gempa bumi Filipina: Angka korban meningkat kepada 26, 147 lagi cedera

Pasukan penyelamat mengangkat beg mengandungi mayat yang ditemui di dalam sebuah gelanggang tertutup di bandar San Remigio, wilayah Cebu, selepas gempa bumi 6.9 magnitud menggoncang Filipina tengah. Foto AFP
Pasukan penyelamat mengangkat beg mengandungi mayat yang ditemui di dalam sebuah gelanggang tertutup di bandar San Remigio, wilayah Cebu, selepas gempa bumi 6.9 magnitud menggoncang Filipina tengah. Foto AFP
A
A
A

MANILA - Sekurang-kurangnya 26 orang maut manakala 147 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter melanda perairan wilayah Cebu di Filipina pada malam Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara Filipina pada Rabu memaklumkan angka korban dijangka terus meningkat.

Menurut laporan itu, gempa turut menyebabkan kerosakan pada jalan raya dan jambatan.

Akhbar tempatan Sunstar Cebu menyiarkan foto ahli keluarga di Bogo City menangis ketika melihat jenazah insan tersayang yang dibalut beg mayat berwarna hitam.

Keadaan jalan yang rosak di Bandar Bogo, selepas gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud menggoncang Filipina tengah. Foto AFP
Keadaan jalan yang rosak di Bandar Bogo, selepas gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud menggoncang Filipina tengah. Foto AFP

Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina pada mulanya merekodkan gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter sekitar 9.59 malam waktu tempatan Selasa.

Bagaimanapun, magnitud disemak semula kepada 6.9 dengan kedalaman lima kilometer, kira-kira 19 kilometer timur laut Bogo City.

Gegaran kuat turut dirasai di beberapa wilayah lain di Filipina tengah serta sebahagian kawasan di selatan.

Artikel Berkaitan:

Filipina terletak di sepanjang "Lingkaran Api Pasifik," kawasan yang sering berdepan gempa bumi dan aktiviti gunung berapi. - Bernama-Xinhua

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Sekurang-kurangnya 26 orang maut dan 147 lagi cedera selepas gempa bumi 6.9 melanda Cebu, Filipina
  • Angka korban dijangka meningkat menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara Filipina
  • Gempa menyebabkan kerosakan pada jalan raya dan jambatan
  • Akhbar Sunstar Cebu melaporkan keluarga di Bogo City menangisi jenazah ahli keluarga
  • Gempa bumi terasa kuat di beberapa wilayah lain di Filipina tengah dan sebahagian kawasan selatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!