Turkiye hantar dron pantau flotilla bantuan ke Gaza

ANKARA – Turkiye menghantar tiga dron jarak jauh bagi memantau flotilla antarabangsa yang sedang dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Langkah itu sekali gus meletakkan Turkiye sebaris dengan Sepanyol, Itali dan Greece yang sebelum ini sudah menggerakkan aset masing-masing untuk memantau keselamatan flotilla berkenaan.
Menurut laman penjejakan penerbangan, dron tersebut berlepas dari pangkalan udara Corlu dan dikesan berlegar di ruang udara flotilla sejak tiga hari lalu.
Situasi itu menggambarkan perhatian dunia terhadap misi tersebut yang berhasrat memecahkan sekatan laut Israel di Gaza walaupun terdapat amaran daripada rejim supaya menghentikan misi tersebut.
Menurut laporan Reuters, pihaknya tidak dapat mengesahkan sebab penerbangan dron tersebut.
Setakat ini, pihak berkuasa Turkiye termasuk Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan dan agensi perisikan belum memberi sebarang komen atau maklum balas berhubung operasi itu.
Flotilla membawa kira-kira 40 bot disertai ahli parlimen, peguam dan aktivis termasuk Greta Thunberg yang membawa bantuan itu masih berada ratusan batu dari pantai Gaza pada Isnin.
Ringkasan AI
- Turkiye menghantar tiga dron jarak jauh untuk memantau flotilla antarabangsa yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza
- Langkah Turkiye menyamai tindakan Sepanyol, Itali dan Greece untuk memantau keselamatan flotilla
- Dron berlepas dari pangkalan udara Corlu dan telah berlegar di ruang udara flotilla selama tiga hari
- Misi flotilla adalah untuk memecahkan sekatan laut Israel di Gaza meskipun ada amaran dari rejim Israel
- Flotilla membawa bantuan ini disertai oleh ahli parlimen, peguam, aktivis dan Greta Thunberg, masih berada ratusan batu dari pantai Gaza
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

