Perak ambil kira kemahuan rakyat dalam Bajet 2026 - Saarani

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (tengah) ketika sesi "TELAAH" pada Majlis Perasmian Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) hari ini. Foto Bernama
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (tengah) ketika sesi "TELAAH" pada Majlis Perasmian Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) hari ini. Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak mengambil kira kemahuan dan keperluan rakyat dalam penyediaan Belanjawan Negeri 2026.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pelbagai usaha libat urus dan kajian telah dilakukan bagi memastikan belanjawan tersebut benar-benar mencerminkan suara rakyat.

"Seperti saya maklum sebelum ini, Bajet Negeri perlu mencerminkan keperluan rakyat untuk tahun hadapan.

"Selain bajet pembangunan, kita juga memberi perhatian kepada aspek kebajikan rakyat, pendidikan dan pembasmian kemiskinan, itu semua kita ambil kira," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program Mesra Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Siri ke-7 Tahun 2025 di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh di sini pada Isnin.

Menurut Saarani, setakat ini lebih 4,000 orang telah memberi pandangan melalui sesi dijalankan oleh Institut Darul Ridzuan (IDR).

Katanya, sesi libat urus tersebut melibatkan pelbagai pihak termasuk pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Kawasan Rukun Tetangga (KRT), guru, pelajar sekolah dan ibu bapa.

"Malam esok (Selasa) pula kita adakan sesi Dialog Bajet bagi mendengar cadangan daripada agensi, ketua-ketua jabatan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)," katanya.

Belanjawan Negeri Perak 2026 dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hujung tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Kerajaan Perak mengumumkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion melibatkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM981.8 juta dan pembangunan RM538 juta, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak.

Ringkasan AI

  • Kerajaan Perak mengambil kira kemahuan dan keperluan rakyat dalam penyediaan Belanjawan Negeri 2026
  • Pelbagai usaha libat urus dan kajian telah dilakukan untuk memastikan belanjawan mencerminkan suara rakyat
  • Belanjawan memberi perhatian kepada aspek kebajikan rakyat, pendidikan dan pembasmian kemiskinan
  • Lebih 4,000 orang telah memberi pandangan melalui sesi dijalankan oleh Institut Darul Ridzuan
  • Belanjawan Negeri Perak 2026 dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak hujung tahun ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!