Pahang sedia dengar idea rakyat bagi pemurnian Belanjawan 2026

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN – Kerajaan Pahang melancarkan Tinjauan Belanjawan Negeri Pahang 2026 bagi memberi ruang kepada rakyat mengemukakan cadangan dalam belanjawan negeri yang akan dibentangkan hujung tahun ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif yang dilancarkan itu bertujuan memastikan Belanjawan Negeri Pahang 2026 menepati keperluan rakyat serta membawa negeri ke arah yang lebih makmur dan sejahtera.

Menurutnya, walaupun Retreat Belanjawan Negeri Pahang 2026 telah selesai, ia belum dimuktamadkan.

“Masih ada lagi sesi-sesi pemurnian yang harus dilakukan selepas ini sehinggalah belanjawan ini dibentangkan hujung tahun ini.

“Untuk itu, saya menjemput semua rakyat Pahang untuk turut serta berkongsi idea melalui pautan https://esurvey.pahang.gov.my,”

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan Negeri Pahang melancarkan Tinjauan Belanjawan Negeri Pahang 2026
  • Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ingin Belanjawan Negeri Pahang 2026 menepati keperluan rakyat
  • Retreat Belanjawan Negeri Pahang 2026 telah selesai tetapi belum muktamad
  • Rakyat Pahang dijemput untuk berkongsi idea melalui pautan https://esurvey.pahang.gov.my
  • Belanjawan Pahang 2026 diarahkan untuk kesejahteraan semua rakyat Pahang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!