Amaran ribut petir sehingga 10 malam ini - MetMalaysia

PUTRAJAYA - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di seluruh negara sehingga 10 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Dalam kenyataan pada Isnin, MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah Kelantan (Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai), Terengganu dan Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera).
Turut dijangka terjejas ialah Selangor (Kuala Langat, Sepang), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau), Melaka serta Johor (Tangkak, Muar).
Di Sarawak, kawasan terbabit termasuk Kapit, Bukit Mabong, Belaga, Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan, Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah meliputi pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort) serta Pantai Barat (Putatan).
Turut dijangka terkesan ialah Wilayah Persekutuan Labuan. - Bernama
Ringkasan AI
- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di seluruh negara sehingga 10 malam ini
- Kawasan terlibat di Semenanjung Malaysia termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor
- Di Sarawak, kawasan terbabit termasuk Kapit, Bukit Mabong, Belaga, Bintulu, Miri dan Limbang
- Sabah meliputi kawasan pedalaman dan Pantai Barat termasuk Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Putatan
- Wilayah Persekutuan Labuan turut dijangka terkesan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
