Permulaan fasa peralihan monsun dijangka pada 30 September ini - MetMalaysia

Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 30 Sept dan akan berlanjutan hingga November depan, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 10 Mei lepas. Foto hiasan
Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 30 Sept dan akan berlanjutan hingga November depan, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 10 Mei lepas. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 30 Sept dan akan berlanjutan hingga November depan, sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 10 Mei lepas.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan semasa fasa peralihan itu, negara akan mengalami tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

"Keadaan ini berpotensi menggalakkan pembentukan awan ribut petir. Fenomena ini lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam,” menurut kenyataan itu.

METMalaysia memaklumkan kawasan dijangka paling terkesan ialah Barat dan pedalaman Semenanjung Malaysia, Barat Sabah dan Sarawak.

Fenomena cuaca berkenan berisiko menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang, kepala air dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

"Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga selain sentiasa mengikuti maklumat terkini mengenai ramalan dan amaran cuaca melalui pelbagai saluran rasmi METMalaysia, termasuk laman web, aplikasi mudah alih myCuaca dan media sosial,” menurut kenyataan itu.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Hotline METMalaysia melalui talian 1-300-22-1638. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 30 Sept dan akan berlanjutan hingga November
  • Negara akan mengalami tiupan angin lemah dari pelbagai arah semasa fasa peralihan
  • Keadaan ini berpotensi menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang membawa hujan lebat dan angin kencang
  • Kawasan paling terkesan ialah Barat dan pedalaman Semenanjung Malaysia, Barat Sabah dan Sarawak
  • Fenomena cuaca ini berisiko menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan pada struktur

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!