Hujan lebat, ribut petir di Putrajaya, KL dan enam negeri

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di beberapa negeri sehingga jam 12 tengah hari.
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di beberapa negeri sehingga jam 12 tengah hari.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Rabu mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga 12 tengah hari.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melibatkan Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak manakala di Pahang melibatkan kawasan Bentong dan Temerloh serta Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Keadaan sama diramal melanda Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson), Melaka serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian).

Sementara itu, MetMalaysia turut memaklumkan gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter berlaku di Laut Bali, Indonesia pada 12.49 tengah malam tadi.

Gempa yang berpusat pada kedalaman 10 kilometer itu dikesan 128 kilometer Timur Laut dari Probolinggo, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di beberapa negeri
  • Cuaca buruk itu dijangka melibatkan Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Bentong, Temerloh, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya
  • Keadaan sama diramal melanda Negeri Sembilan, Melaka dan Johor
  • Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter berlaku di Laut Bali, Indonesia
  • Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!