Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri - MetMalaysia

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir disertai hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di 11 negeri seluruh negara, petang ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, MetMalaysia memaklumkan bahawa negeri-negeri yang terlibat termasuk Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.
Di negeri Kedah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling dan Kulim, manakala di Perak pula melibatkan kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Sementara itu, di Kelantan, kawasan yang terlibat termasuk Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang. Di Terengganu, amaran meliputi Besut, Setiu, Marang dan Dungun.
Pahang pula dijangka menerima kesan di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera.
Bagi Selangor, kawasan yang dijangka terlibat adalah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, manakala seluruh kawasan di Kuala Lumpur turut disenaraikan dalam amaran tersebut.
Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
Amaran yang sama turut dikeluarkan bagi Jasin di Melaka, serta beberapa kawasan di Johor iaitu Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kulai dan Kota Tinggi.
Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kapit (Song).
Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan cuaca semasa menerusi saluran rasmi MetMalaysia.
Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir disertai hujan lebat di sebelas negeri
- Negeri-negeri terlibat termasuk Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak
- Amaran tersebut meliputi kawasan tertentu dalam negeri-negeri yang disebutkan, dengan kawasan spesifik dinyatakan untuk setiap negeri
- Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada terhadap perubahan cuaca
- Informasi dan kemaskini lebih lanjut boleh didapatkan melalui saluran rasmi MetMalaysia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
