Sultan Johor sumbang makanan kepada anggota polis

Sultan Ibrahim menyampaikan sumbangan makanan kepada Ayob Khan di Istana di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini untuk diagihkan kepada anggota polis yang bertugas di sekitar Bandaraya Johor Bahru. -Foto Royal Press Office (RPO)

A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan makanan kepada anggota polis yang terlibat dalam penugasan sekatan jalan raya di sekitar Bandaraya Johor Bahru pada hari ini.

Sultan Johor menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay di Istana Pasir Pelangi di sini yang kemudian akan diagihkan kepada anggota polis.

Baginda bertitah, sumbangan tersebut sebagai penghargaan kepada anggota polis yang bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Sultan Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan makanan kepada anggota polis yang bertugas sekitar Bandaraya Johor Bahru di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. - Foto Royal Press Office (RPO)
Sultan Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan makanan kepada anggota polis yang bertugas sekitar Bandaraya Johor Bahru di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. - Foto Royal Press Office (RPO)

"Disebabkan mereka terbabit dalam penugasan sekatan jalan raya, bantuan makanan ini boleh disampaikan kepada keluarga masing-masing," titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) di istana berkenaan.

Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah sebelum ini berkenan mengurniakan sumbangan makanan kepada petugas-petugas perubatan di Hospital Permai di sini.

Artikel Berkaitan: