Jurutera maut dalam perjalanan ke masjid, motosikal langgar babi

Seorang jurutera lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar seekor babi yang melintas di hadapan Masjid Berangan, di sini pagi tadi.
Seorang jurutera lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar seekor babi yang melintas di hadapan Masjid Berangan, di sini pagi tadi.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang jurutera lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar seekor babi yang melintas di hadapan Masjid Berangan, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira jam 6.30 pagi tadi mengenai kemalangan tersebut.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa, Azhar Yusof, 48, tahun dalam perjalanan dari kediamannya di Kampung Bukit Berangan ke Masjid Kampung Bukit Berangan untuk menunaikan solat subuh.

"Siasatan awal mendapati motosikal mangsa yang sedang telah melanggar binatang dipercayai khinzir yang melintas dari arah kiri motosikal ke tengah jalan.

"Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata, mayat telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang jurutera lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar seekor babi di Kuala Terengganu
  • Kejadian berlaku semasa mangsa dalam perjalanan ke Masjid Kampung Bukit Berangan untuk solat subuh
  • Mangsa, Azhar Yusof, berusia 48 tahun
  • Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian
  • Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!